Rezeki.


Assalamualaikum Wahrahmatullahi Wabarakatu/Good Morning Dan Selamat Pagi Rabu 19hb. Ogos/29 Zulhijjah 1441H . REZEKI 😊..”Rezeki datang dengan berbagai cara. Ada rezeki datang kerana dicari dan yg datang disebabkan kita byk memberi. Usahakanlah kedua duanya dgn penuh keikhlasan Dan kesungguhan Dan Allah itu kurniaNYA Amat Luas.”..🕌🕋
HambaNYA PengembaraHijau
🙂💚🙂💚🙂💚

TDM

DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di dalam ucapan Tuanku semasa pembukaan Parlimen telah memberitahu bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengadap Tuanku untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Tuanku telah cuba memujuk Mahathir untuk tarik balik surat perletakan jawatan itu tetapi Mahathir enggan. Mahathir, pula, memberitahu Parlimen yang dia TIDAK letak jawatan. Jadi Siapa yang bohong? Mahathir atau pun Agong?

Tabung Haji.

Saya ingin mengulas beberapa perkara berkenaan muzakarah di antara YB Azeez dan YB Mujahid mengikut pemahaman saya.

  1. YB Mujahid mengatakan harga ladang yang dijual adalah berdasarkan tanah yang boleh ditanam dengan sawit. Ini adalah satu kesilapan yang besar kerana di dalam penilaian hartanah, ianya mengambilkira keluasan tanah yang tertera di dalam geran.
    Adakah bilamana kita menjual sebidang tanah yang mempunyai rumah, adakah harga tanah dikira tanah yang didirikan rumah sahaja atau keluasan tanah seperti yang tertera di dalam geran?
  2. YB Mujahid, logikkah sebanyak 626 unit perabot dan peralatan elektrik 4 buah hotel TH dijual pada harga RM10 ribu sahaja?
  3. YB Mujahid, ini muzakarah tentang Tabung Haji, kenapa ubah topik ke SRC dan 1MDB?
  4. YB Mujahid, tanah boleh ditanam dengan sawit kecuali tanah di dalam laut dan sungai.
  5. YB Mujahid, laporan-laporan Polis dibuat tidak semestinya YB Azeez bersalah. 22 bulan PH memerintah kenapa tiada tindakan pendakwaan? Kenapa PH tidak menjalankan RCI?
  6. Berkenaan CFO TH yang digantung selama 630 hari ketika YB Mujahid menjadi Menteri Agama, di manakah tabayyun? pengadilan? pembelaan?
  7. YB Mujahid, apa sahaja alasan, kenapa Laporan TH 2018 dan 2019 tidak dibentang? Bukankah ini bertentangan dengan akta TH itu sendiri?
  8. Ladang TH yang dikatakan liabiliti dijual pada harga RM170 juta kepada Tamaco. Jika ladang TH ini adalah kategori liabiliti dan “sakit”, takkan ada syarikat yang sanggup membeli?

P.S: Saya pelik kenapa hujahan YB Mujahid tidak fokus kepada isu TH sahaja? Melalut ke sana sini?

Akhir sekali, Tahniah YB Azeez hujahan dan jawapan yang mantap dan bernas. Go for RCI !